I
Ini adalah tahun kedua kami menyertai pertandingan KAMIL. KAMIL adalah singkatan bagi Kemahiran Amal Islami. Pertandingan ini adalah pertandingan tahunan dimana objektifnya adalah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar disamping memperkayakan para pelajar dengan ilmu-ilmu Islam menerusi acara yang dipertandingkan. Dalam daerah Sepang, sebanyak 27 buah sekolah mengambil bahagian. Tahun lepas, pertandingan peringkat daerah dibahagikan kepada dua zon tetapi nampaknya kali ini hanya satu zon sahaja. Natijahnya, jumlah pelajar adalah sangat ramai dalam pertandingan ini. Dalam pertandingan kali ini, kami adalah satu-satunya sekolah swasta yang menyertai pertandingan. MAPTAM kali ini menghantar 26 orang pelajar untuk menyertai 7 acara yang dipertandingkan. Seramai 4 orang guru telah mengikuti rombongan pelajar pada tahun ini. Pertandingan kali ini diadakan di SRA Bandar Seri Putra, Bangi. Jaraknya dari Puchong lebih kurang 30 km. Para pelajar telah berhimpun di perkarangan MAPTAM seawal jam 7 pagi. Bas yang membawa rombongan pelajar tiba seperti waktu yang telah dijanjikan. Lebih kurang jam 7.30 pagi, rombongan bertolak ke Bandar Seri Putra. Disebabkan hari itu adalah hari minggu maka jalan agak lengang dan perjalanan ke Bandar Seri Putra adalah lancar. Kami sampai setengah jam berikutnya. Ada beberapa rombongan dari sekolah lain telah sampai lebih dahulu dari kami. Para pelajar kemudiannya berbaris manakala guru bergerak menuju ke kaunter pendaftaran untuk menyemak senarai pelajar dan mendapatkan jadual aturcara.
II
Selesai sesi pendaftaran, para pelajar mula bergerak ke dewan pertandingan mengikut acara masing-masing. SRA mempunyai dua blok bangunan. Setiap kelas yang ada di dua blok tersebut telah dijadikan dewan pertandingan. Malah dataran sekolah dan kantin juga turut dijadikan dewan pertandingan. Dataran sekolah menjadi pentas untuk acara nasyid lelaki manakala kantin menjadi lokasi acara Kalam Jama’i. Pertandingan bermula lebih kurang jam 9 pagi. Seperti biasa, acara nasyid baik lelaki mahupun perempuan menjadi tumpuan khalayak yang majoritinya terdiri dari ibubapa dan guru kepada pelajar yang menyertai acara tersebut. Acara nasyid ini menjadi tumpuan kerana ianya adalah acara berkumpulan dimana pelbagai gaya persembahan yang menarik dapat dilihat dalam acara ini. Walaubagaimanapun, acara-acara lain juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai gaya persembahan pelajar dapat dilihat dalam acara seperti seperti marhaban, tilawah, khutbah dan bercerita. Kadang-kadang seronok juga melihat telatah guru-guru yang mengiringi pelajar masing-masing. Masing-masing teruja hendak melihat persembahan anak didik mereka. MAPTAM mendapat undian ke-27 iaitu undian terakhir untuk semua acara. Dari satu segi, bagus juga dapat undian terakhir ini kerana pelajar dapat melihat dan belajar dari persembahan pelajar-pelajar yang terdahulu sebelum mereka. Acara yang selesai paling awal ialah acara khat dan muhawarah manakala yang paling lambat ialah khutbah. Secara keseluruhannnya, pertandingan selesai lebih kurang jam 2 petang. Dalam tempoh antara pukul 12.30 hingga 2.30 petang, mana-mana pelajar dan guru yang telah selesai acara masing-masing kemudiannya menikmati juadah tengah hari dan seterusnya menunaikan solat zuhur.
III
Lebih kurang jam 3 petang, majlis bersambung semula. Para pelajar, guru dan ibubapa mengambil tempat masing-masing. Nampaknya semua yang hadir pada hari itu sudah tidak sabar-sabar lagi hendak mengetahui keputusan pertandingan. Tetamu kehormat yang hadir pada petang itu ialah Yang Berhormat, Dr Shafie Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangi. Beliau telah memberi ucapan perasmian dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Ketika pengumuman pemenang dibuat untuk acara azan dan iqamah, saya terkejut seketika apabila nama salah seorang pelajar MAPTAM disebut. Rupanya Fakhrul telah berjaya memenangi hadiah tempat ketiga untuk acara tersebut. Itulah satu-satunya hadiah yang berjaya dibawa pulang oleh MAPTAM. Walaupun hanya memenangi satu sahaja hadiah namun ia tetap sangat bermakna buat kami yang hanya merupakan sebuah sekolah kecil sahaja berbanding sekolah lain. Sekolah lain mempunyai beratus-ratus pelajar sedangkan MAPTAM hanya mempunyai pelajar sekitar seratus orang sahaja. Hadiah ini menjadi pencetus semangat kepada warga MAPTAM untuk mencipta kejayaan yang lebih besar di masa akan datang, Insyallah. Acara penyampaian hadiah selesai lebih kurang jam 4.30 petang. Seperti yang dijangkakan KAFAI Taman Seroja menjadi juara keseluruhan. KAFAI Taman Seroja telah memberikan persembahan yang sangat menarik untuk setiap acara yang mereka sertai. Komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar sangat tinggi. Ini dapat dilihat menerusi prop dan kostum yang mereka bawa bersama dan disiplin serta semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh mereka. Mudah-mudahan kejayaan mereka dicontohi oleh pelajar lain termasuklah pelajar MAPTAM sendiri.
IV
Seperti pertandingan pada tahun sebelumnya, pertandingan kali ini juga telah memberikan kami pengalaman yang sangat berguna yang boleh dijadikan bekalan di masa akan datang. Keletah pelajar yang menyertai pertandingan sangat menghiburkan. Ada yang terlupa hafalan, ada yang gementar, ada yang spontan mempersembahkan acara dengan tidak mengikuti skrip asal dan sebagainya. Keseluruhannya mutu persembahan pelajar MAPTAM jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Tahun ini, pelajar dan guru telah membuat persediaan yang lebih rapi. Sekurang-kurangnya, pelajar telah berjaya menunjukkan mutu persembahan yang baik dan berjaya menandingi pelajar-pelajar lain. Apapun pelajar dan guru tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Pelajar dan guru perlu memperbaiki kelemahan yang ada dan mempertingkatkan pencapaian dan masa ke semasa. Kejayaan tidak akan datang tanpa latihan dan komitmen yang berterusan.

Rombongan MAPTAM sampai di Bandar Seri Putra sekitar jam 8 pagi. Cuaca sangat baik pada hari tersebut
Pelajar dan guru bergerak menuju masuk ke perkarangan SRA Bandar Seri Putra
Pelajar-pelajar beratur di dataran sekolah menanti arahan seterusnya
Guru memberi kata perangsang kepada pelajar
Rombongan sekolah lain telah mula memenuhi perkarangan sekolah. Dianggarkan 1000 orang pelajar menyertai pertandingan peringkat daerah ini
Pemandangan pentas nasyid lelaki dari ruang antara dua blok bangunan sekolah
Pertandingan nasyid lelaki bermula
Peserta acara azan dan iqamah
Peserta acara muhawarah
Peserta acara bercerita bahagian lelaki
Peserta hafazan bahagian perempuan
Peserta pidato bahagian perempuan
Peserta nasyid lelaki berdebar menanti giliran
Peserta nasyid lelaki memulakan perembahan
Peserta nasyid lelaki mempersembahkan dua buah nasyid, satu dalam bahasa Arab dan satu dalam bahasa Melayu
Peserta nasyid memulakan persembahan sekitar jam 12.30 tengah hari
No comments:
Post a Comment