Sunday, April 5, 2015

Pertandingan KAMIL antara SRI 2015 di KPI Bangi

Sekolah Rendah Islam al Mansoorah telah menyertai pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) antara SRI di KPI Bangi pada 5 April 2015. Sebanyak tujuh buah sekolah telah mengambil bahagian. Hanya dua acara tidak disertai oleh pelajar iaitu bercerita dari al Al Quran (Lelaki dan Perempuan). Selebihnya semua acara disertai pelajar. Hasilnya, pelajar telah menjadi johan dalam tiga acara iaitu Nasyid Tahap 1 (Lelaki dan Perempuan) dan Solat Jenazah Perempuan. Manakala dalam empat acara iaitu azan dan iqamah, khat tahap 1 perempuan, khat tahap 2 lelaki dan solat jenazah lelaki, keputusan naib johan telah diperolehi. Keseluruhannya, sekolah telah berjaya menduduki tempat ketiga. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, pelajar dan ibubapa yang telah memberi sokongan jitu kepada pihak sekolah.

Sukan Tadika Islam al Mansoorah

Tadika Islam al Mansoorah telah mengadakan sukan tahunan buat julung-julung kalinya di Padang Permainan Cluster 8 pada 29 Mac 2015. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Pelajar dibahagikan kepada empat rumah utama iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Setiap rumah dibimbing oleh guru masing-masing. Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan iaitu mengasingkan bola mengikut warna, membawa bola pingpong menggunakan sudu, menggelek bola menggunakan gelung, mencari gula-gula dalam tepung dan mengisi air dalam botol. Rumah kuning telah diisytihar sebagai juara keseluruhan. Tahniah!


Thursday, February 12, 2015

PROGRAM PENGUKUHAN PENDEKATAN AL MANSOORAH (MULA MAC 2015)

PILIHAN PROGRAMHariMasaTempat
JawiSabtu8-10 pagiNo 3 Jalan PP 8/2
Bahasa Arab Sabtu10-12 tgh hariNo 3 Jalan PP 8/2
Fardu AinSabtu12-2 petangNo 3 Jalan PP 8/2
HafazanSabtu dan Ahad9-11 pagiNo 35 Jalan PP 8/2
5P Intensif Bahasa Melayu dan Inggeris Sabtu10-12 tgh hariNo 35 Jalan PP 8/2
Intensif PSRAAhad9-11 pagiNo 3 Jalan PP 8/2
Intensif UPKKAhad9-11 pagiNo 3 Jalan PP 8/2
Pengajian al Quran Tiga kali seminggu (Isnin hingga Jumaat) 9-10 pagi atau 10-11 pagi dan 3-4 petang atau 4-5 petang (Masa 1 jam untuk setiap sesi) No 3 Jalan PP 8/2










Nota: Pelajar hendaklah membawa buku catatan  dan alatulis sendiri. 
Sebarang nota tambahan atau buku rujukan hendaklah dibeli 
semasa pembelajaran
Hubungi: 016-3218202 (Ustaz Khairul) atau 012-9268020 (Ustazah Mazlina) 
untuk urusan pendaftaran/keterangan lanjut tentang yuran 
dan pembelajaran





Tempat pengajian di No 3 Jalan PP 8/1 Taman Putra Perdana dan 
No 35 Jalan PP 8/2 Taman Putra Perdana

Thursday, February 5, 2015

Pengajian Bersanad Kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Tercinta) karangan Imam al Ghazali

Pengajian Bersanad Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam al Ghazali
Pembimbing: al Fadhil Ustaz Hafiz al Fandani
Tempat: Madrasah Pra Tahfiz al Mansoorah No 35 Jalan PP 8/2 Taman Putra Perdana 47130 Puchong Selangor
Tarikh: 15 Februari 2015 (Ahad) dan 1 Mac 2015 (Ahad)
Masa: 10 Pagi hingga 1 Petang
Terbuka dan Percuma
Untuk pendaftaran, sila hubungi Ustaz Anuar, 017-3992380
Kitab ada dijual semasa hari pengajian
Muslimin Muslimat dijemput hadir