Tuesday, December 14, 2010

Program Iqra' dan Al-Quran sempena cuti sekolah akhir tahun 2010

Alhamdulillah, program cuti sekolah akhir tahun yang bermula pada 22 November 2010 dan dijangka berakhir pada 17 Disember ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Insyallah, program ini akan terus dijalankan pada musim cuti persekolahan yang akan datang.


Pengajian sesi pagi

Pengajian sesi malam

Warna-warni ihtifal

Sambutan ihtifal madrasah telah diadakan pada 6 November lepas. Majlis bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir dua jam selepas itu. Selain acara penyampaian hadiah dan persembahan pelajar, majlis turut diserikan dengan jualan hasil seni khat, jualan buku dan pameran tokoh ulama.


Antara hasil seni khat yang dipamerkan


Ibubapa dan pelajar mengambil tempat


Lagi hasil khat yang dipamerkan


Hasil khat yang dipamerkan ini adalah merupakan karya Ustaz Makmur


Jualan buku dan pameran tokoh ulama

Pendaftaran Baru Pelajar KAFA dan Tadika Islam untuk Sesi 2011

Pendaftaran Rasmi untuk program pengajian KAFA dan Tadika Islam bagi sesi 2011 adalah seperti berikut;

Tarikh: 25 Disember 2010
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan (ibubapa/penjaga) dan sijil kelahiran pelajar.

Pendaftaran juga boleh dibuat dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-9268020/016-3218202

Sunday, November 7, 2010

Program Cuti Sekolah 2010

KELAS IQRA’ dan AL-QURAN

- Kelas bacaan dan pengajian al-Quran

- Pembimbing;

o Ustazah Haslina binti Mat Harun (Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia)

o Ustazah Nor Azira binti Ahmad (Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia)

o Ustazah Nazirah Binti Zakaria (Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia)

- Tempoh kelas : 22 November hingga 17 Disember 2010 (Sesi pagi 9 -11 pagi, Sesi petang 3-5 petang (pilih samada sesi pagi atau petang)

- Yuran kelas: RM 60 untuk satu sesi (pelajar MAPTAM: RM50 sahaja)

PROGRAM SENI KHAT

- Bimbingan menulis khat

- Pembimbing;

o Ustaz Makmur (calon Doktor Falsafah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

- Tempoh bengkel: 2 hari (hari Sabtu dan Ahad) – Tarikh pilihan: 27 Nov dan 28 Nov; 4 Disember dan 5 Disember; 11 Disember dan 12 Disember; dan 18 Disember dan 19 Disember 2010 (pilih satu sesi)

- Yuran bengkel: RM 90 (Makanan dan minuman, peralatan seni khat kecuali alat warna disediakan) *Pelajar MAPTAM: RM 80 sahaja


UUntuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 012-9268020/016-3218202



Wednesday, November 3, 2010

Majlis Sambutan Ihtifal Madrasah Pra-Tahfiz al-Mansoorah 2010

Sambutan Ihtifal bagi tahun ini akan diadakan pada hari Sabtu 6 November 2010 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1431 Hijrah. Insyallah majlis yang diadakan di bangunan madrasah akan bermula pada pukul 8 pagi dan dijangka akan selesai pada pukul 12 tengah hari. Seiring dengan majlis sambutan, pihak madrasah turut mengadakan pameran khat, pameran gambar-gambar ulama dan jualan buku. Pendaftaran untuk pengajian KAFA dan Tadika Islam bagi sesi 2011 dan program cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi turut dibuka pada hari tersebut. Semua dijemput hadir



Gambar hiasan: Sambutan Hari Guru madrasah pada pertengahan tahun yang lepas

Thursday, October 28, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Pengurusan MAPTAM mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir tahun kepada semua pelajar yang bermula pada hari ini (29 Oktober 2010) dan berakhir pada 4 November 2010. Semoga berjaya!

Pengurusan MAPTAM

Tuesday, October 26, 2010

Seni Khat

Insyallah, pada musim cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi, pihak MAPTAM akan menganjurkan bengkel seni khat kepada sesiapa yang berminat. bengkel ini bakal dikendalikan oleh Ustaz Makmur bin Harun. Beliau berpengalaman luas dalam bidang seni khat samada sebagai peserta pertandingan seni khat mahupun sebagai pembimbing bengkel seni khat di merata-rata tempat seperti di Johor, Kuala Lumpur, Jambi, Jawa Timur dan Sulawesi Selatan. Beliau juga turut terlibat menghasilkan karya seni khat untuk kegunaan masjid dan sekolah di Pontian, Selangor, Jambi, Jawa Timur dan Sulawesi Selatan. Ustaz Makmur pernah berkhidmat sebagai guru Seni Khat di Lembaga Pendidikan dan Keterampilan Bahasa Arab "LA-TANSA", Kotamadya Jambi selama dua tahun iaitu dari tahun 199 hingga 1997 dan di Sekolah Agama al-Hidayah Kajang dari tahun 2005 hingga 2007. Selain seni khat, beliau juga berpengalaman luas mengajar subjek-subjek lain seperti Bahasa Arab, Tafsir, Hadith, Syariah dan Seni Kebudayaan Islam di merata-rata tempat seperti di Pondok "AL-HADIS" Biru, Watampone Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia, Pondok Moden "DARUSSALAM" Gontor Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia,Institut Tahfiz al-Quran dan Bahasa Arab Malaysia – Sudan ( ITMS ), Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor Darul Ehsan dan Sekolah Agama al-Hidayah Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor Darul Ehsan antara tahun 1992 hingga 2007. Pada tahun 1999, beliau merintis penubuhan Pondok Pesantren "AL-IKHWAN" di Jerambah Bolong, Kebon Sembilan, Mestong Jambi Luar Kota, Muara Jambi, Indonesia. Ustaz Makmur ada menghasilkan penulisan berkaitan seni khat bertajuk "Durus al-Khat al-Arabi 1". Buku ini ditulisnya pada tahun 1999 ketika beliau berada di Pondok "AL-Busyra" Seponjen Kumpeh Ilir, Muara Jambi, Indonesia. Kini Ustaz Makmur berada di tahun akhir dalam bidang doktor falsafah dan sedang menyelesaikan tesisnya dalam bidang kajiannya yang bertumpu kepada seni khat di Nusantara. Beliau mengikuti pengajian doktor falsafah di Universiti Malaya. Insyallah, program ini akan diadakan bermula pada 27 November ini. Adalah menjadi harapam MAPTAM agar para pelajar dan juga para peminat seni Islam mengambil manfaat dan peluang ini untuk bersama-sama mengikuti program ini dan seterusnya menimba ilmu secara langsung dari seorang pembimbing yang berkeahlian dalam bidang ini. Untuk keterangan lanjut tentang yuran penyertaan dan sesi program, bolehlah hubungi 012-9268020 atau 016-3218202.




Perbincangan dengan Ustaz Makmur minggu lepas


Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, semua alatan akan disediakan oleh penganjur. Hanya alatan warna perlu dibawa sendiri pada hari akhir sesi bengkel