Wednesday, June 17, 2009

Pesta Buku Selangor 2009

Salam sejahtera kepada warga MAPTAM yang dikasihi,
Tidak lama lagi iaitu dalam bulan Julai 2009, satu pesta buku peringkat negeri Selangor akan diadakan di Shah Alam. Butir-butir lanjut adalah seperti dibawah. Silalah lapangkan masa untuk berkunjung disini dan mendapatkan bahan bacaan berilmiah;
PESTA BUKU SELANGOR 2009
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan PESTA BUKU SELANGOR 2009. Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. PESTA BUKU SELANGOR 2009 akan diadakan :
Tarikh
:
24 Julai 2009 hingga 3 Ogos 2009
Masa
:
10 pagi hingga 9 malam
Tempat
:
Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

Pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan kerjasama Media. Diantara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, Selangor fm dan e-Media.
Objektif Penganjuran Pesta Buku ialah:
Memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini
Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca
Memaju dan menggalakkan penerbitan serta perusahaan buku di negeri ini
Meneruskan rangkaian harmoni di kalangan golongan iktisas yang berkait rapat dengan penerbitan dan pembangunan buku
Mengenalpasti pelbagai inisiatif baru media pembelajaran, dan bacaan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat mahupun institusi
Memberi perhatian kepada penerbitan buku-buku yang mengandungi sistem peradaban, nilai dan budaya Malaysia. Oleh yang demikian, perkembangan penerbitan buku-buku tempatan akan dapat mencapai hasrat dan wawasan kerajaan untuk mewujudkan generasi berilmu yang maju melalui pembacaan.
Pesta Buku pada tahun ini bakal berlangsung selama 11 hari bermula dari 24 Julai hingga 3 Ogos 2009, bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam dan dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam.
diambil dari www.ppas.org.my

No comments:

Post a Comment