Sambutan Hari Guru peringkat madrasah telah diadakan pada 27 Mei yang lepas secara dua sesi. Jumaat, 27 Mei adalah hari terakhir persekolahan bagi sesi penggal pertama. Alhamdulillah, perjalanan madrasah sepanjang penggal pertama agak memberangsangkan. Buat kali pertama, Kelab Nasyid dan Qasidah berjaya ditubuhkan. Perjumpaan pertama ahli kelab telah diadakan pada awal bulan Februari yang lepas. Dengan sedikit peruntukan yang ada, pihak madrasah telah membeli beberapa peralatan seperti conga, darbuka, shaker dan kompang. Kelab ini telah dibimbing oleh Ustaz Iman. Apa pun, Ustaz Iman hanya dapat berkhidmat sehingga penghujung sesi penggal pertama. Ini adalah kerana beliau ingin mendalami bahasa Arab sebelum membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Kepada Ustaz Iman, pihak madrasah mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan yang tidak terhingga. Sementara itu, pada pagi 27 Mei, guru tadika iaitu Cikgu Syarwalis telah selamat melahirkan bayi perempuan. Pihak madrasah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Syarwalis sekeluarga. Semoga zuriat tersebut akan sentiasa menyemai bakti dan berkhidmat di jalan Allah. Amin.
Ustaz Iman memberi taklimat untuk sesi pagi
Ustazah Haslina bersama pelajarnya
Ustazah Haslina bersama pelajar tadika
Pelajar tadika membuat persembahan
Ustazah Azira bersama pelajar tadika
Pelajar tahun 4 membuat persembahan (lelaki)
Pelajar tahun 4 membuat persembahan (perempuan)
Ustaz Iman happy dengan keletah anak muridnya



No comments:
Post a Comment