Sunday, May 17, 2009

Sambutan Hari Guru 2009 MAPTAM

Sambutan Hari Guru 2009 sangat bermakna buat saya kerana setelah saya meninggalkan alam persekolahan hampir 20 tahun yang lalu, inilah kali pertama saya meraikannya dengan satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Keakraban pelajar bersama guru adalah satu kenangan manis buat saya. Tapi kali ini bukanlah sebagai pelajar tetapi sebagai pentadbir sekolah. Pelajar-pelajar saya merupakan pelajar-pelajar tadika yang berusia dari 4 hingga 6 tahun dan pelajar-pelajar KAFA dari usia 7 hingga 12 tahun. Pelajar-pelajar sekolah ini tidaklah begitu ramai, sekitar 100 orang sahaja tetapi keletah mereka tetap menceriakan suasana. Sambutan Hari Guru 2009 pada tahun ini, kami raikan dengan acara sukaneka dan penyampaian hadiah. Acara sukaneka dikendalikan oleh tenaga pengajar MAPTAM iaitu Ustazah Anis, Ustazah Nurul, Ustazah Madihah dan Ustazah Najihah. Merekalah yang merangka acara dan mengagihkan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Lihatlah wajah-wajah pelajar dibawah yang benar-benar 'menikmati' sambutan Hari Guru tahun ini.


Para pelajar sedang mengikuti acara yang diadakan


Guru-guru sibuk mengawal acara

Saya tak pasti acara apa, acara meniup belon sampai pecah atau mengisi air dalam botol?


Para pelajar tidak sabar-sabar menunggu giliran masing-masing

Satu lagi acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara MAKAN



Ustazah Nurul menggunakan segala pengalamannya yang ada sebagai bekas anggota kadet untuk mengawal pelajar

Selesai makan, acara penyampaian hadiah pun bermula. Lihatlah muka Zarul yang ceria mewakili kumpulannya. Hadiah disampaikan oleh Pengetua MAPTAM



Kumpulan Ustazah Najihah dengan hamper hadiahnya



Para pelajar mencari kumpulan masing-masing





Hamper hadiah diagih-agihkan dalam kumpulan Ustazah Nurul



Antara hadiah yang diterima guru dari anak murid


Kumpulan Ustazah Madihah telah mencipta rekod baru apabila berjaya menghabiskan makanan dalam tempoh tidak sampai lima minit. Lapar agaknya!


Satu lagi acara yang ditunggu iaitu bergambar beramai-ramai.

Ustazah Nurul membuat lintasan hormat dihadapan pelajar. Mungkin semangat kadet menjelma semula

Majlis berakhir jam 11.00 pagi, tepat seperti yang dijadualkan sebelum ini. Insyallah, majlis ini akan dijadikan acara tahunan sekolah.

PENGERUSI MAPTAM

No comments:

Post a Comment