Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini diadakan pada 5 Mac 2010 bersamaan dengan 18 Rabi'ul Awwal. Disebabkan sekolah mempunyai dua sesi persekolahan maka sambutan pada tahun ini diadakan sebanyak dua kali iaitu pagi dan petang. Aturcara untuk kedua-dua sesi adalah sama iaitu bermula dengan marhaban dan salawat, ucapan alu-aluan pengerusi madrasah, pertandingan qasidah, bercerita dan kuiz dan kemudiannya ditutup dengan cabutan bertuah untuk para pelajar. Dalam acara pertandingan, para pelajar telah memberikan persembahan terbaik mereka hari itu. Pelbagai ragam dan gelagat mereka terakam pada hari itu. Apapun, seperti kata pengerusi, manfaat dan hayatilah sepenuhnya intipati atau tujuan sebenar majlis ini diadakan iaitu untuk memuliakan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Sebelum mengakhiri sesi sambutan, para pelajar dan guru bersama-sama membaca marhaban dan salawat sekali lagi. Bagi sebelah pagi, sesi sambutan bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi manakala di sebelah petang bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Jamuan ringan disediakan oleh pihak madrasah kepada semua pelajar dan guru yang hadir pada hari itu.
Gambar-gambar kenangan
Sesi sebelah pagi
Peserta acara qasidah sesi pagi
Peserta acara bercerita
Sesi sebelah petang