Tuesday, November 19, 2013

Bengkel Penghayatan Cinta Rasulullah Siri 1

Bengkel Siri 1 untuk Sesi 1 telah pun selesai dengan jayanya petang tadi. Sepanjang 2 hari bengkel, peserta telah diketengahkan tentang riwayat hidup Baginda saw, nasab Baginda saw, ahli keluarga Baginda saw seperti bapa saudara, ibu saudara, putera-puteri dan cucunya. Begitu juga dengan peribadi Baginda saw serta nama-nama perkakasan yang digunakan oleh Baginda saw seperti senjata, serban, haiwan tunggangan dan ternakan dan sebagainya. Peserta juga turut didedahkan dengan nama-nama Sahabat yang sentiasa bersama-sama Baginda saw berjuang menegakkan agama Allah mengikut bidang tugas masing-masing seperti qadhi (hakim), menteri, gabenor dan sebagainya. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini bolehlah hadir pada Sesi 2 (20/21 Nov), Sesi 3 (25/26 Nov) dan Sesi 4 (27/28 Nov). Maklumat lanjut boleh hubungi 012-9268020.

Sunday, November 17, 2013

Program cuti sekolah 2013 yang sedang berjalan

Program 1: Bengkel Penghayatan Cinta Rasulullah saw Siri 1
Tempoh: 2 Hari
Masa: 9 pagi hingga 3 petang
Tarikh dan Sesi: 18 dan 19 Nov 2013 (Sesi 1), 20 dan 21 Nov 2013 (Sesi 2), 25 dan 26 Nov 2013 (Sesi 3) dan 27 dan 28 Nov 2013 (Sesi 4) - Pilih satu sesi sahaja
Lokasi: No 3 Jalan PP 8/1 Taman Putra Perdana 47130 Puchong
Bayaran: RM 60
Nota: Sila bawa bersama buku catatan dan alatulis

Program 2: Kelas Pengajian al-Quran Siri 1
Tempoh: Dari 18 Nov 2013 hingga 18 Disember 2013
Masa: 9-10 pagi, 10-11 pagi dan 8-9 malam (Pilih satu sesi sahaja)
Lokasi: No 51 Jalan Nusaputra 1/1A Bandar Nusaputra 47130 Puchong Selangor
Bayaran: RM 100
Nota: Sila bawa bersama Al-Quran/Iqra, buku catatan dan alatulis
Hubungi: 012-9268020 atau 016-3218202

Keputusan 2013

Pengumuman keputusan PSRA 2013 telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru, SRA Jenderam Hulu pada petang Rabu, 13 November 2013 lebih kurang jam 3 petang. Pengumuman telah diisytiharkan oleh Puan Hajjah Habibah binti Mohammed Daud, Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan), Sepang. Selain pegawai bahagian pendidikan daerah, guru besar dan guru pengiring, para pelajar yang mendapat Mumtaz dari setiap sekolah turut hadir pada hari itu. Sepang pada tahun ini menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang daerah Hulu Langat. Peratusan markah meningkat dalam setiap subjek. Bilangan pelajar yang mendapat Mumtaz juga meningkat. Madrasah pada tahun ini mendapat keputusan yang agak memberangsangkan. Peratus lulus adalah 100%. Mudah-mudahan Madrasah akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun hadapan. Amin.
 
 

PKG Daerah Jenderam Hulu

Ko-kurikulum

Ko-kurikulum tambahan yang perlu dijalani pelajar selain dari hafazan dan sirah ialah bacaan tahlil. Pelajar digalakkan untuk memantapkan bacaan tahlil memandangkan bacaan ini sering diamal dalam masyarakat. Bagi menarik minat pelajar, madrasah telah mengadakan pertandingan bacaan tahlil secara berkumpulan. Mudah-mudahan selepas ini, mereka boleh memimpin bacaan di kawasan tempat tinggal masing-masing. Amin
 
 
 

Para pelajar berlatih bacaan tahlil secara berkumpulan

Sunday, September 22, 2013

PSRA 2013

Kepada pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan PSRA tahun ini bermula pada 23 September 2013 hingga 27 September 2013, pengurusan MAPTAM mengucapkan Selamat Maju Jaya dan jawablah soalan dengan tabah, tenang dan sabar.

Wednesday, September 11, 2013

Buletin MAPTAM isu ke-2

 
Antara isi kandungan dalam buletin isu ke-2 ialah bingkisan sambutan Isra Mikraj peringkat madrasah, kemuliaan bulan Syaaban, peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Ramadhan dan keputusan ujian pertengahan tahun.

Friday, March 29, 2013

Buletin sulung MAPTAM Bil 1 Mac 2013

Buat pertama kalinya MAPTAM mengeluarkan buletin sekolah khusus untuk warga MAPTAM. Objektif utama buletin ini adalah untuk menyalurkan maklumat tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan aktiviti madrasah dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan. Mengikut perancangan, buletin ini akan diterbitkan setiap 3 atau 4 bulan sekali setahun. Adalah diharapkan kemunculan buletin ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga MAPTAM termasuk para ibubapa.