Wednesday, March 27, 2013

KAMIL 2013

Kali terakhir MAPTAM menyertai KAMIL (Kemahiran Amal Islami) adalah pada tahun 2010. Tahun ini, MAPTAM menghantar 31 peserta untuk bertanding dalam 10 acara setelah dua tahun tidak bertanding. Nama-nama pelajar MAPTAM yang menyertai pertandingan adalah seperti berikut;

  1. Muhammad Thaqif Syahmi bin Mohd Rozuan (Hafazan dan Terjemahan Lelaki)
  2. Zafiera Azuereen bt Zafisasrul (Hafazan dan Terjemahan Perempuan)
  3. Muhammad Aiman bin Sazaly (Menulis Khat Lelaki Tahap 1)
  4. Anis Nuralysa bt Affendi (Menulis Khat Perempuan Tahap 1)
  5. Shahmi Amsyarie bin Zirihakimi (Menulis Khat Lelaki Tahap 2)
  6. Aiman Harith Muhaimin bin Agos Sawal (Azan dan Iqamah)
  7. Muhammad Syafiq bin Abdul Halim Pahmi (Hafazan dan Tafsiran Lelaki)
  8. Nur Izzati bt Ahmad Zafir (Hafazan dan Tafsiran Perempuan)
  9. Adam Fikri bin Mohd Faizal (Tilawah al Quran Lelaki)
  10. Sarah Afiqah bt Abdul Rahman (Tilawah al Quran Perempuan)
  11. Zafierul Irfan bin Zafisasrul (Khutbah Jumaat)
  12. Shafy Shariz bin Sharizal (Pidato Lelaki)
  13. Nurul Athirah bt Khairul Nizam (Pidato Perempuan)
  14. Nur Alia Safirah bt Muhammad Haikal Iskandar (Syarahan Bahasa Arab Perempuan)
  15. Nor Anis Amalin bt Khairul Anuar (Nasyid Perempuan)
  16. Ida Arafah bt Mahmod (Nasyid Perempuan)
  17. Nur Afifah bt Kamarul Arif (Nasyid Perempuan)
  18. Nur Aliyah bt Kamarul Arif (Nasyid Perempuan)
  19. Aimi Athirah bt Zirihakimi (Nasyid Perempuan)
  20. Aisyah bt Mohamad Alyasa’ (Nasyid Perempuan)
  21. Azreen Nahzilah bt Abdul Wahab (Nasyid Perempuan)
  22. Ahmad Aqil Aqim bin Ahmad (Solat Jenazah Lelaki)
  23. Abu Bakar bin Mansor (Solat Jenazah Lelaki)
  24. Hizairi Eimran bin Khairul Lizam (Solat Jenazah Lelaki)
  25. Muhammad Faiz bin Rizal (Solat Jenazah Lelaki)
  26. Muhammad Ilhaam Irshaad bin Shamsul Faizal (Solat Jenazah Lelaki)
  27. Aishah Irdina bt Kamarul Arif (Solat Jenazah Perempuan)
  28. Damia Izora bt Radzuan (Solat Jenazah Perempuan)
  29. Farhana Nur Ellieya bt Mohammad Faisal (Solat Jenazah Perempuan)
  30. Nurin Hani Athirah bt Mohd Nazri (Solat Jenazah Perempuan)
  31. Nur Izzati Zulaika bt Anuar (Solat Jenazah Perempuan)
Dalam pertandingan kali ini, MAPTAM berjaya mendapat hadiah tempat ketiga melalui Aiman Harith Muhaimin bin Agos Sawal dalam acara Azan dan Iqamah. Pertandingan berlangsung dengan meriah. Lebih kurang 14 buah sekolah bertanding pada peringkat Zon 2 Daerah Sepang dengan Sekolah Rendah Agama Bandar Bukit Puchong menjadi tuan rumah buat julung kalinya.  Selain para guru dari sekolah yang bertanding, ibubapa juga ramai yang hadir. KAMIL acara tahunan anjuran JAIS ini sebenarnya sangat bermanfaat kepada para pelajar. Para pelajar bukan sekadar bertanding tetapi yang paling penting ialah para pelajar dapat memahami, menghayati dan menguasai acara-acara yang dipertandingkan. Ini adalah kerana sebahagian besar dari acara-acara tersebut adalah merupakan fardu dan syiar agama Islam. Sebagai contoh, pelajar dapat menghafal bait-bait qasidah memuji Rasulullah saw yang merupakan syiar agama menerusi acara nasyid dan juga memahami rukun khutbah serta amal praktik solat jenazah dalam acara khutbah dan solat jenazah di mana ia merupakan satu keperluan yang perlu diketahui oleh umat Islam. Acara bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1 tengah hari.  


 Guru pengiring memakaikan nombor giliran kepada pelajar

 Khemah yang merupakan lokasi nasyid lelaki dijalankan
 

Peserta pidato lelaki
 


Peserta nasyid perempuan
 
 Peserta khat lelaki tahap 2
 
Peserta hafazan dan tafsiran lelaki


Pemenang tempat ketiga Azan dan Iqamah
 


Peserta pidato perempuan
 

Peserta solat jenazah
 


Peserta nasyid perempuan
 

Sebahagian pelajar dan guru pengiring usai pertandingan


Sambutan Maulidur Rasul 1434 H

Tahun ini, MAPTAM mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1434 H pada 8 Februari 2013. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini diserikan dengan bacaan qasidah, nasyid dan salawat. Ucapan tentang kewajiban mengasihi Rasulullah saw telah disampaikan oleh pengerusi madrasah. Majlis ditutup dengan bacaan Maulid Nabi saw dan jamuan ringan.



 Pelajar perempuan (KAFA) sesi petang membuat persembahan nasyid
 

 Pelajar lelaki (KAFA) sesi petang mengalunkan qasidah
 
 Pelajar lelaki (KAFA) sesi pagi membuat persembahan
 
Pelajar Tadika beramai-ramai mengalunkan salawat

Monday, January 2, 2012

Jadual Pengajian 2012

2012

Assalamualaikum wbh
Pihak madrasah mengucapkan selamat datang dan selamat memulakan alam persekolahan bagi tahun 2012 kepada pelajar baru dan lama. Mudah-mudahan dengan izin Allah dan rahmat-Nya, warga madrasah akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini dari tahun-tahun sebelumnya. Amin


Bangunan madrasah


Pejabat


Thursday, July 14, 2011

Kelebihan Syaaban

Memperbanyakkan Salawat
Amalan seperti berdoa, berzikir dan berselawat akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit" (dipetik dari kitab Zubdatul Maizin)

Berdoa pada malam Nisfu Syaaban
Dalam membicarakan kelebihan bulan Syaaban, janganlah kita lupa satu malam yang paling mustajab berdoa, malam pengampunan dan rahmat iaitu malam Nisfu Syaaban. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Dari Abi Musa Al Asyari dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya rahmat Allah SWT datang pada malam Nisfu Syaaban, lalu dia mengampunkan kesalahan kesemua makhluknya melainkan orang musyrik atau orang yang bermusuhan" (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Sumber dari
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=624&Itemid=70. Dicapai pada 15 Julai 2011

Thursday, June 23, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Sambutan Hari Guru peringkat madrasah telah diadakan pada 27 Mei yang lepas secara dua sesi. Jumaat, 27 Mei adalah hari terakhir persekolahan bagi sesi penggal pertama. Alhamdulillah, perjalanan madrasah sepanjang penggal pertama agak memberangsangkan. Buat kali pertama, Kelab Nasyid dan Qasidah berjaya ditubuhkan. Perjumpaan pertama ahli kelab telah diadakan pada awal bulan Februari yang lepas. Dengan sedikit peruntukan yang ada, pihak madrasah telah membeli beberapa peralatan seperti conga, darbuka, shaker dan kompang. Kelab ini telah dibimbing oleh Ustaz Iman. Apa pun, Ustaz Iman hanya dapat berkhidmat sehingga penghujung sesi penggal pertama. Ini adalah kerana beliau ingin mendalami bahasa Arab sebelum membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Kepada Ustaz Iman, pihak madrasah mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan yang tidak terhingga. Sementara itu, pada pagi 27 Mei, guru tadika iaitu Cikgu Syarwalis telah selamat melahirkan bayi perempuan. Pihak madrasah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Syarwalis sekeluarga. Semoga zuriat tersebut akan sentiasa menyemai bakti dan berkhidmat di jalan Allah. Amin.




Ustaz Iman memberi taklimat untuk sesi pagi



Ustazah Haslina bersama pelajarnya



Ustazah Haslina bersama pelajar tadika



Pelajar tadika membuat persembahan



Ustazah Azira bersama pelajar tadika




Pelajar tahun 4 membuat persembahan (lelaki)



Pelajar tahun 4 membuat persembahan (perempuan)



Ustaz Iman happy dengan keletah anak muridnya

Persembahan solo Tahun 4

Telatah pelajar

Rasa macam ingat

Allah, lupa skrip la pulak

Pelajar tadika bersama hadiahnya

Ustaz Iman bersama Aiman pelajar tahun 4


Ustaz Iman dan Ustazah Haslina bersama pelajar

Adik Amir dengan hadiahnya

Acara memotong kek (Tiada dalam gambar: Ustaz Fakhrulah kerana menghadiri mesyuarat di PAID Sepang)

Kek Hari Guru

"Baik-baik sikit Ikmal, jangan kamu langgor pulak kek tu", kata Ustaz Iman


Azri pelajar tadika bersama Ustaz Iman

Ustazah Zakiah bersama pelajar

Ustaz Iman bersama pelajar Tahun 3

Ustazah Maisarah bersama pelajarnya

Pelajar Tahun 4 membuat persembahan

Sesi agih hadiah

Ustazah Haslina dengan pelajar tadika


Ustazah Haslina dengan pelajar tahun 5 dan 6

Ustazah Haslina bersama pelajar tadika

Wednesday, January 5, 2011

2011

Alhamdulillah, hari pertama sesi 2011 berjalan dengan lancar. Pendaftaran pada tahun ini amat menggalakkan. Pihak madrasah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang memilih MAPTAM sebagai tempat untuk anak-anak mereka menimba ilmu. Kepada warga MAPTAM, pihak madrasah mengucapkan selamat memulakan pembelajaran sesi 2011 dan bersungguh-sungguhlah menimba ilmu pengetahuan.



Sebahagian pelajar KAFA


Hari pertama pelajar tadika