Monday, September 6, 2010

Etika berhari raya

Etika berhari raya seperti yang dianjurkan dalam Islam antaranya ialah seperti:

1. Sentiasa menghidupkan amalan bertakbir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah pada malam dan pagi hari raya.
2. Mengamalkan budaya ziarah menziarahi bagi mengerat hubungan silaturahim dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
3. Menggalakkan amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan bagi mengembirakan mereka.
4. Memakai pakaian yang baru, cantik dan bersih.
5. Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.
Rujukan dari
JAKIM. 2006. RAIKAN SYAWAL DENGAN KEINSAFAN DAN KESEDERHANAAN. Khutbah Khas IdulFitri 2006. Teks dibaca pada 24 OKTOBER 2006M / 01 SYAWAL 1427H

Sunday, September 5, 2010

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam sejahtera,
Pengurusan MAPTAM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada warga MAPTAM.

Ikhlas daripada

Pengurusan MAPTAM

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”

Wednesday, August 4, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ (ص) أَنَّهُ قَالَ: مَنْ فَرِحَ بِدُخُوْلِ رَمَضَانَ حَرَّمَ اللهُ جَسَدَهُ عَلَى النِّيْرَانِ."

Maksudnya : "Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka".

(Hadis riwayat Ahmad)

Sunday, July 25, 2010

Kepentingan menunaikan solat

Islam telah menetapkan bahawa solat lima waktu adalah teras ibadah yang paling utama. Ia menjadi alat untuk memperkukuhkan akhlak dan benteng pencegah kemungkaran. Disebabkan begitu besarnya peranan solat kepada umat Islam, maka Islam meletakkan solat sebagai tiang agama dan merupakan amal ibadah yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di hari kiamat kelak. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
" إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ "انْظُرُوْا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ. "
Maksudnya: “Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardhunya. Jika didapati sempurna solatnya nescaya berbahagia dan beruntunglah dia. Sebaliknya jika tidak sempurna (dengan baik dan khyusuk), akan menyesal dan rugilah dia. Jika seseorang itu didapati ada kekurangan daripada sesuatu amalan wajibnya, maka Allah SWT memerintahkan kepada para malaikat ‘Periksalah oleh kamu semua, adakah hamba-Ku itu mempunyai amalan solat sunat yang lain; sekiranya ada amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya. Kemudian cara menghitung amalan-amalan lain juga sama dengan kaedah menghitung amalan solat ini.”
(Sunan Tirmizi)



Gambar hiasan: Pelajar Madrasah sedang menunaikan solat secara berjemaah

Tuesday, July 13, 2010

Menghayati Isra' dan Mi'raj





Rujukan

Khutbah Multimedia: Menghayati Isra' dan Mi'raj pada 29 Rajab 1429 bersamaan dengan 1 Ogos 2008. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Sambutan Isra' dan Mi'raj

Pada 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rajab 1431 yang lepas, MAPTAM telah mengadakan majlis sambutan Isra' dan Mi'raj bertempat di bangunan sekolah madrasah sendiri. Majlis diadakan di sebelah pagi dan petang. Pengisian majlis adalah berbentuk bacaan salawat dan pengkisahan perjalanan Isra' dan Mi'raj Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Untuk sesi sebelah pagi, selingan berbentuk kuiz turut diadakan bagi menguji kefahaman pelajar.