Sunday, April 5, 2015

Pertandingan KAMIL antara SRI 2015 di KPI Bangi

Sekolah Rendah Islam al Mansoorah telah menyertai pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) antara SRI di KPI Bangi pada 5 April 2015. Sebanyak tujuh buah sekolah telah mengambil bahagian. Hanya dua acara tidak disertai oleh pelajar iaitu bercerita dari al Al Quran (Lelaki dan Perempuan). Selebihnya semua acara disertai pelajar. Hasilnya, pelajar telah menjadi johan dalam tiga acara iaitu Nasyid Tahap 1 (Lelaki dan Perempuan) dan Solat Jenazah Perempuan. Manakala dalam empat acara iaitu azan dan iqamah, khat tahap 1 perempuan, khat tahap 2 lelaki dan solat jenazah lelaki, keputusan naib johan telah diperolehi. Keseluruhannya, sekolah telah berjaya menduduki tempat ketiga. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, pelajar dan ibubapa yang telah memberi sokongan jitu kepada pihak sekolah.

Sukan Tadika Islam al Mansoorah

Tadika Islam al Mansoorah telah mengadakan sukan tahunan buat julung-julung kalinya di Padang Permainan Cluster 8 pada 29 Mac 2015. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Pelajar dibahagikan kepada empat rumah utama iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Setiap rumah dibimbing oleh guru masing-masing. Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan iaitu mengasingkan bola mengikut warna, membawa bola pingpong menggunakan sudu, menggelek bola menggunakan gelung, mencari gula-gula dalam tepung dan mengisi air dalam botol. Rumah kuning telah diisytihar sebagai juara keseluruhan. Tahniah!