Friday, November 22, 2013

Pendaftaran dibuka untuk sesi 2014

Bagi tahun 2014, Madrasah Pra Tahfiz al Mansoorah menawarkan tiga sesi pengajian;
 
1. Tadika Islam al Mansoorah - Sesi Pagi dan Petang. Yuran bagi setiap sesi ialah RM 150 sebulan termasuk mengaji. Pembelajaran meliputi bidang agama dan akademik
Masa pembelajaran ialah  dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari (Sesi Pagi) dan 2.30 petang hingga 5.30 petang (Sesi Petang)
 
2. Sekolah Rendah Islam al Mansoorah -  Sesi Pagi dan Petang. Yuran bagi setiap sesi ialah RM 80 sebulan termasuk mengaji. Pembelajaran meliputi bidang agama
Masa pembelajaran ialah dari 7.30 pagi hingga 11 pagi (Sesi Pagi) dan 2.30 petang hingga 5.30 petang (Sesi Petang)
 
3. Sekolah Tahfiz Harian al Mansoorah - Sesi Pagi dan Petang. Yuran bagi setiap sesi ialah RM 150 sebulan. Pembelajaran meliputi bidang agama dan hafazan.
Masa pembelajaran ialah dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi (Sesi pagi) dan 2.30 petang hingga 6 petang (Sesi petang)
 
Madrasah mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk pembelian rehal, sejadah dan rak buku yang perlu diganti setiap tahun. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun madrasah, al-Rajhi Bank 12700-1080571961 atau CIMB 1232-0000-352100.
Madrasah juga turut mengalu-alukan sumbangan buku terpakai, buku/kitab lama dan buku-buku baru untuk kegunaan perpustakaan madrasah. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi 012-9268020 atau 016-3218202

Tuesday, November 19, 2013

Bengkel Penghayatan Cinta Rasulullah Siri 1

Bengkel Siri 1 untuk Sesi 1 telah pun selesai dengan jayanya petang tadi. Sepanjang 2 hari bengkel, peserta telah diketengahkan tentang riwayat hidup Baginda saw, nasab Baginda saw, ahli keluarga Baginda saw seperti bapa saudara, ibu saudara, putera-puteri dan cucunya. Begitu juga dengan peribadi Baginda saw serta nama-nama perkakasan yang digunakan oleh Baginda saw seperti senjata, serban, haiwan tunggangan dan ternakan dan sebagainya. Peserta juga turut didedahkan dengan nama-nama Sahabat yang sentiasa bersama-sama Baginda saw berjuang menegakkan agama Allah mengikut bidang tugas masing-masing seperti qadhi (hakim), menteri, gabenor dan sebagainya. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini bolehlah hadir pada Sesi 2 (20/21 Nov), Sesi 3 (25/26 Nov) dan Sesi 4 (27/28 Nov). Maklumat lanjut boleh hubungi 012-9268020.

Sunday, November 17, 2013

Program cuti sekolah 2013 yang sedang berjalan

Program 1: Bengkel Penghayatan Cinta Rasulullah saw Siri 1
Tempoh: 2 Hari
Masa: 9 pagi hingga 3 petang
Tarikh dan Sesi: 18 dan 19 Nov 2013 (Sesi 1), 20 dan 21 Nov 2013 (Sesi 2), 25 dan 26 Nov 2013 (Sesi 3) dan 27 dan 28 Nov 2013 (Sesi 4) - Pilih satu sesi sahaja
Lokasi: No 3 Jalan PP 8/1 Taman Putra Perdana 47130 Puchong
Bayaran: RM 60
Nota: Sila bawa bersama buku catatan dan alatulis

Program 2: Kelas Pengajian al-Quran Siri 1
Tempoh: Dari 18 Nov 2013 hingga 18 Disember 2013
Masa: 9-10 pagi, 10-11 pagi dan 8-9 malam (Pilih satu sesi sahaja)
Lokasi: No 51 Jalan Nusaputra 1/1A Bandar Nusaputra 47130 Puchong Selangor
Bayaran: RM 100
Nota: Sila bawa bersama Al-Quran/Iqra, buku catatan dan alatulis
Hubungi: 012-9268020 atau 016-3218202

Keputusan 2013

Pengumuman keputusan PSRA 2013 telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru, SRA Jenderam Hulu pada petang Rabu, 13 November 2013 lebih kurang jam 3 petang. Pengumuman telah diisytiharkan oleh Puan Hajjah Habibah binti Mohammed Daud, Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan), Sepang. Selain pegawai bahagian pendidikan daerah, guru besar dan guru pengiring, para pelajar yang mendapat Mumtaz dari setiap sekolah turut hadir pada hari itu. Sepang pada tahun ini menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang daerah Hulu Langat. Peratusan markah meningkat dalam setiap subjek. Bilangan pelajar yang mendapat Mumtaz juga meningkat. Madrasah pada tahun ini mendapat keputusan yang agak memberangsangkan. Peratus lulus adalah 100%. Mudah-mudahan Madrasah akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun hadapan. Amin.
 
 

PKG Daerah Jenderam Hulu

Ko-kurikulum

Ko-kurikulum tambahan yang perlu dijalani pelajar selain dari hafazan dan sirah ialah bacaan tahlil. Pelajar digalakkan untuk memantapkan bacaan tahlil memandangkan bacaan ini sering diamal dalam masyarakat. Bagi menarik minat pelajar, madrasah telah mengadakan pertandingan bacaan tahlil secara berkumpulan. Mudah-mudahan selepas ini, mereka boleh memimpin bacaan di kawasan tempat tinggal masing-masing. Amin
 
 
 

Para pelajar berlatih bacaan tahlil secara berkumpulan