Thursday, October 28, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Pengurusan MAPTAM mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir tahun kepada semua pelajar yang bermula pada hari ini (29 Oktober 2010) dan berakhir pada 4 November 2010. Semoga berjaya!

Pengurusan MAPTAM

Tuesday, October 26, 2010

Seni Khat

Insyallah, pada musim cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi, pihak MAPTAM akan menganjurkan bengkel seni khat kepada sesiapa yang berminat. bengkel ini bakal dikendalikan oleh Ustaz Makmur bin Harun. Beliau berpengalaman luas dalam bidang seni khat samada sebagai peserta pertandingan seni khat mahupun sebagai pembimbing bengkel seni khat di merata-rata tempat seperti di Johor, Kuala Lumpur, Jambi, Jawa Timur dan Sulawesi Selatan. Beliau juga turut terlibat menghasilkan karya seni khat untuk kegunaan masjid dan sekolah di Pontian, Selangor, Jambi, Jawa Timur dan Sulawesi Selatan. Ustaz Makmur pernah berkhidmat sebagai guru Seni Khat di Lembaga Pendidikan dan Keterampilan Bahasa Arab "LA-TANSA", Kotamadya Jambi selama dua tahun iaitu dari tahun 199 hingga 1997 dan di Sekolah Agama al-Hidayah Kajang dari tahun 2005 hingga 2007. Selain seni khat, beliau juga berpengalaman luas mengajar subjek-subjek lain seperti Bahasa Arab, Tafsir, Hadith, Syariah dan Seni Kebudayaan Islam di merata-rata tempat seperti di Pondok "AL-HADIS" Biru, Watampone Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia, Pondok Moden "DARUSSALAM" Gontor Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia,Institut Tahfiz al-Quran dan Bahasa Arab Malaysia – Sudan ( ITMS ), Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor Darul Ehsan dan Sekolah Agama al-Hidayah Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor Darul Ehsan antara tahun 1992 hingga 2007. Pada tahun 1999, beliau merintis penubuhan Pondok Pesantren "AL-IKHWAN" di Jerambah Bolong, Kebon Sembilan, Mestong Jambi Luar Kota, Muara Jambi, Indonesia. Ustaz Makmur ada menghasilkan penulisan berkaitan seni khat bertajuk "Durus al-Khat al-Arabi 1". Buku ini ditulisnya pada tahun 1999 ketika beliau berada di Pondok "AL-Busyra" Seponjen Kumpeh Ilir, Muara Jambi, Indonesia. Kini Ustaz Makmur berada di tahun akhir dalam bidang doktor falsafah dan sedang menyelesaikan tesisnya dalam bidang kajiannya yang bertumpu kepada seni khat di Nusantara. Beliau mengikuti pengajian doktor falsafah di Universiti Malaya. Insyallah, program ini akan diadakan bermula pada 27 November ini. Adalah menjadi harapam MAPTAM agar para pelajar dan juga para peminat seni Islam mengambil manfaat dan peluang ini untuk bersama-sama mengikuti program ini dan seterusnya menimba ilmu secara langsung dari seorang pembimbing yang berkeahlian dalam bidang ini. Untuk keterangan lanjut tentang yuran penyertaan dan sesi program, bolehlah hubungi 012-9268020 atau 016-3218202.




Perbincangan dengan Ustaz Makmur minggu lepas


Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, semua alatan akan disediakan oleh penganjur. Hanya alatan warna perlu dibawa sendiri pada hari akhir sesi bengkel