Thursday, October 29, 2009

Pendaftaran untuk tahun 2010

Pendaftaran tahun 2010 untuk kemasukan tadika dan KAFA telah dibuka. Ibubapa yang berminat boleh berkunjung ke pejabat MAPTAM pada waktu pejabat (waktu persekolahan: 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat) untuk mendapatkan keterangan lanjut dan borang kemasukan.
Harap maklum

Pentadbir MAPTAM

Selamat Menempuh Peperiksaan

Salam sejahtera,
Kepada semua pelajar MAPTAM tadika dan KAFA, pengurusan MAPTAM mewakili guru-guru mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir tahun 2009 yang akan bermula hari ini (untuk pelajar tadika) dan 2 Nov 2009, Isnin depan (untuk pelajar KAFA). Manfaatkan masa yang ada untuk membuat ulangkaji dan semoga berjaya didalam peperiksaan.

Salam hormat

Pentadbir MAPTAM

Monday, October 12, 2009

Galeri kenangan Aidilfitri 2009 Sesi Tadika

Berikut adalah gambar-gambar kenangan jamuan hari raya 2009 sesi tadika. Sesi tadika melibatkan pelajar-pelajar usia 4, 5 dan 6 tahun. Jamuan ini diadakan pada 7 Oktober 2009 yang lalu. Dalam majlis yang sederhana tetapi meriah ini, pelajar-pelajar membuat persembahan ringkas dan bergambar bersama-sama dengan guru-guru yang mereka kasihi. Tenaga pengajar tadika yang terlibat dalam majlis ini ialah Cikgu Zahidah Karim, Cikgu Jaimawati Jainuddin dan Cikgu Nurul Asyikin Mohd Subri.







Galeri kenangan Aidilfitri 2009 Sesi Petang KAFA

Berikut adalah gambar-gambar kenangan jamuan hari raya 2009 sesi petang KAFA. Sesi petang melibatkan pelajar-pelajar tahun 1, 5 dan 6. Jamuan ini diadakan pada 2 Oktober 2009 yang lalu. Dalam majlis yang sederhana tetapi meriah ini, pelajar-pelajar membuat persembahan ringkas dan bergambar bersama-sama dengan guru-guru yang mereka kasihi. Tenaga pengajar KAFA yang terlibat dalam majlis ini ialah Ustazah Nurulhidayati al-Hadri, Ustazah Nurhuda Amir dan Ustazah Nor Asyida Mohd Subri.






























Galeri kenangan Aidilfitri 2009 Sesi Pagi KAFA

Berikut adalah gambar-gambar kenangan jamuan hari raya 2009 sesi pagi KAFA. Sesi pagi melibatkan pelajar-pelajar tahun 2, 3 dan 4. Jamuan ini diadakan pada 2 Oktober 2009 yang lalu. Dalam majlis yang sederhana tetapi meriah ini, pelajar-pelajar membuat persembahan ringkas dan bergambar bersama-sama dengan guru-guru yang mereka kasihi.



















Wednesday, October 7, 2009

Majlis Hawl Memperingati al-Muhaddith Prof Dr Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani




Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa ini diadakan dengan tujuan untuk memperingati jasa dan sumbangan besar ulama ulung yang telah melahirkan ribuan ulama dan anak didiknya di seluruh dunia yang meninggal dunia kira-kira lima tahun yang lalu. Silalah lapangkan diri untuk menghadirkan diri dalam majlis yang penuh barokah ini untuk bersama-sama dengan tokoh-tokoh ulama yang turut hadir dalam majlis ini.
Biodata ringkas tokoh ulama ini
Nama penuh ulama besar ini ialah Sayyid Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki Al-Hasani. Beliau berasal dari keturunan Sayyid Idris Al-Azhar ibn Idris Al-Akbar ibn Abdullah Al-Kamil ibn Hasan Al-Muthanna ibn Sayyidina Hasan r.a. ibn Saiyidina Ali k.r.w., suami kepada Saidatina Fatimah r.a. binti Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan di rumah ayahandanya, di Babus Salam, Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1365 Hijrah bersamaan dengan 1946M. Keluarga beliau mendapat gelaran Al-Maliki kerana salah seorang nendanya dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah Al-Mukarramah pda zaman pemerintahan Syarif 'Aun. Beliau merupakan anak, bahkan cucu kepada ulama-ulama besar di Makkah Al-Mukarramah. Ayahandanya Sheikh Syed 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki merupakan seorang ulama' besar di Makkah Al-Mukarramah, begitu juga datuknya 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki.
Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah Al-Falah dan Madrasah Tahfiz Al-Qur'an dan pengajian-pengajian tidak formal di dalam halaqah-halaqah pengajian ilmu di Masjid Al-Haram daripada ulama'-ulama' besar Makkah Al-Mukarramah. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di India ketika usianya mencecah 20 tahun. Di sana, beliau tinggal bersama Sheikh Muhammad Ali Zainal di Bombay. Beliau juga sempat belajar di Pakistan dengan Mufti Pakistan pda ketika itu, iaitu Sheikh Muhammad Syafi'e dan sebagainya. Beliau juga pernah belajar di Libya. Di sana, beliau belajar di Ma'ahad Al-Azhari dan seterusnya menyambungkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Mesir. Kemudian, beliau terpaksa pulang semula ke Makkah Al-Mukarramah untuk menjaga ayahandanya yang tidak berapa sihat. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah Universiti di Makkah. Namun, setelah tamat pengajian beliau di Makkah, beliau kembali menyambung pengajiannya di Al-Azhar di peringkat Master dan Ijazah Kedoktoran. Beliau akhirnya mendapat keputusan MUMTAZ (amat cemerlang). Tesis karangan beliau mendapat pujian daripada ulama'-ulama' besar Al-Azhar.
Guru-guru Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.:
Di antara guru-guru dan pembimbing beliau adalah:
Dari Makkah dan Madinah(antaranya):
Ayahandanya Sayyid 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki
Sheikh Muhammad Yahya ibn Aman Al-Maliki
Sheikh Muhammad Al-'Arabi ibn Tabbani Al-Maliki
Sheikh Hasan ibn Sa'id Yamani Al-Maliki
Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Mashsyat
Sheikh Muhammad Yaasiin ibn Isa Al-Fadani
Al-Habib Hasan ibn Muhammad Fad'aq
Al-Habib Abdul Qadir ibn 'Aidarus Al-Bar
Dari Hadramaut (antaranya):
Al-Habib Umar ibn Ahmad Sumait
Al-Habib 'Alawi ibn Abdullah Al-Tarimi
Al-Habib Muhammad ibn 'Alawi ibn Syihab
Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Attos'
Al-Habib Masyhur ibn Toha Al-Haddad
Dari Mesir (antaranya):
Sheikh Al-Syarif Muhammad Al-Hafiz Al-Tijani Al-Misri
Sheikh Hasanain ibn Muhammad Makhluf (Mufti Mesir)
Sheikh Soleh ibn Muhammad Al-Ja'fari (Imam Besar Masjid Al-Azhar)
Sheikh Amin ibn Mahmud Khattob As-Subki
Sheikh Muhammad ibn Abdullah Al-'Aquri
Dari Indonesia (antaranya):
Al-Habib Ali ibn Abdul Rahman Al-Habsyi
Al-Habib Ali ibn Husein Al-'Attos
Al-Habib Hamid ibn Muhammad Al-Sari
Al-Habib Sheikh ibn Salim Al-'Attos
Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Habsyi Al-Falembani
Dari Syam (antaranya):
Sayyid Al-Syarif Muhammad Al-Makki ibn Muhammad Al-Kattani
Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Maidani
Sheikh Abdul Aziz ibn Muhammad Ali Al-Sud
Sheikh Muhammad Soleh ibn Abdullah Al-Farfur Al-Hasani
Al-Tobib Sheikh Muhammad Abu Yusr ibn Muhammad Al-Husaini (Mufti Syam)
Dari Moroco (antaranya):
Sheikh Al-Syarif Abdul Kabir ibn Muhammad Al-Soqali
Sheikh Sayyid Abdullah ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi
Sayyid Abdul Aziz ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi
Sheikh As-Syarif Muhammad Al-Muntasir ibn Muhammad Al-Zamzami
Dari India dan Pakistan (antaranya):
Sheikh Muhammad Zakaria ibn Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Madani (Sheikh Hadis di Saharanfur)
Sheikh Habib Al-Rahman ibn Muhammad Sobir Al-A'azomi (Sheikh Hadis di Mazar Al-Ulum, Madras)
Sheikh Al-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria Al-Bannuri (Sheikh Hadis di Karaci)
Sheikh Muhammad Syafi'e ibn Muhammad Yasiin Al-Uthmani Al-Deobandi (Mufti Pakistan)
Sheikh Zafar Ahamd Al-Uthmani Al-Tahanawi Al-Hindi
Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Balyawi
Ulama besar ini wafat pada 15 Ramadhan 1425 H. Pemergiannya benar-benar merupakan suatu kehilangan yang amat besar bagi umat Islam. Ini kerana, beliau pergi bertemu dengan Allah s.w.t. sewaktu beliau masih lagi diperlukan oleh umat Islam. Sungguhpun perjuangan beliau disambung oleh para pewaris ilmunya, namun, beliau sesungguhnya tiada tolak bandingnya dari sudut pendidikan dan tarbiah. Menjelang sebelum wafatnya, rumah beliau di penuhi oleh lebih 600 para penuntut ilmu, yang mengikuti pengajian akhir beliau. Lebih kurang 2 jam selepas majlis pengajian beliau yang berakhir pada pukul 2.00 pagi, beliau pulang ke rahmatullah dalam keadaan yang tenang, bagaikan seorang kekasih menemui sang kekasihnya. Jenazah beliau diiringi oleh lebih 200, 000 orang, yang mana kebanyakkannya dari kalangan anak murid beliau.
Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Haram, dan kemudiannya, jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ma'la. Sepanjang perjalanan ke sana, kedengaran bacaan tahlil dan takbir dengan kuat mengiringi jenazah beliau di samping tangisan pencinta-pencinta beliau di atas pemergiannya.